Mengajar Anak Memegang Pensil



Pertama kali anak belajar memegang pensil mungkin terasa kekok. Ibubapa jangan bimbang apabila mereka mahir menulis secara automatiknya mereka mahir memegang pensil.Tak kiralah tangan kanan atau kiri...
Anak-anak yang menggunakan tangan kanan akan lebih cepat mahir dari kanan kiri..
tapi bila kita tengok orang yang menggunakan tangan kiri lebih cermat melakukan apa saja kerja .
Sekiranya anak-anak kecil suka menconteng jangan halang mereka biarkan mereka bermain . Ini sekaligus dapat mengajar mereka memegang pensil dengan cepat dan mereka tidak kekok bila mereka mula masuk kealam persekolahan.
Luangkan masa bersama mereka bermain bersama lakukan aktiviti yang berkaitan contohnya melukis,mewarna dan sebagaimana. Kanak-kanak cepat belajar berbanding orang dewasa.Oleh itu, biarkan anak-anak meneroka alam mereka dengan penuh kegembiraan

Upin Dan Ipin : Episod 12-Kisah dan Tauladan



jom layan cerita ni sebelum kita sambung belajar.....jangan mare yea

Alphabet Song. "Let's sing with TOONBO" Vol. 1



Jom saksikan video ni kanak-kanak suka sambil menyanyi sambil belajar huruf... anak saya pun suka...

KAEDAH PANDANG SEBUT



Sekarang kita sambung pembelajaran kita,yealah kalau terus menerus kang boring plak. Sedangkan rancangan di tv pun ada iklan sekejap hehehehe...
kanak-kanak pun macam tu juga lepas belajar ada masa untuk mereka berehat dan bermain kalau terus bukan kata kanak-kanak pun tak mau gajah pun lari...
Berbalik kepada kaedah ini, kanak-kanak boleh mengingati benda melalui kaedah bergambar. Ini kerana walaupun mereka tidak pandai mengeja bila menggunakan kad imbasan bergambar mereka boleh mengenali perkataan tersebut. Buktinya anak-anak kita kalau dia selalu ikut mak bapa dia pergi shopping selalu di supermarket seperti TESCO,GIANT dan sebagainya. Cuba try ambik gambar tunjuk dekat dia nama supermarket yang dia selalu pergi tak payah tunggu dia eja secara automatik dia boleh sebut...
Tryla sebab saya dah buat experimen ini ...

BELAJAR BERSAMA ANAK



Video ini diambil waktu malam masa tu adik dah tidor.Siabang pula ambik mainan dia ajak kita main dengan dia. Masa tu emak dia dah letih nak tidor. Takpela berkorban skit waktu tidor demi anak cewah... Syok juga main dengan dia sambil belajar. Yang syoknya kami tidor kul satu pagi hehehehehe..Nasib baik esok cuti kalau tidak buat taik mata kat pejabat plak kena marah ngan bos plak ish,ish,ish cobaan...

PERKATAAN PERTAMA ANAKKU



Perhatiakan video ni cuba teka perkataan pertama danish semasa umur setahun lebih

a)Aku tak tahu
b)Habis aku
c)suka hati akula

KAEDAH FONIK




Kaedah Fonik didedahkan kepada kanak-kanak bagi memudahkan mereka membaca pada peringkat permulaan...
Kanak-kanak akan mudah memahami sesuatu ejaan apabila mereka dapat menguasai teknik bunyi....
contoh aa,zi dan sebagainya...

Upin Ipin Icon kanak-kanak



Rehat sekejap jom layan Upin Ipin. Bukan apa kalau dilihat perangai Upin Ipin ni bagus .Walaupun mereka nakal tapi pembelajaran mereka tak lupa. Dengan ini sekaligus menjadikan pendorong kanak-kanak belajar

KAEDAH ABJAD



Disini kakjue nak terangkan kaedah abjad.Kaedah ini diperkenalkan pertama kali kepada kanak-kanak yang baru masuk tadika bagi mengenal abjad. Di sini kakjue ada buat carta agar memudahkan anda memahaminya .Harap-harap paham le hehehehe...

PENGENALAN HURUF DAN ABJAD



Abjad atau huruf mesti semua pernah dengar perkataan tersebut sewaktu kita berumur satu tahun .Tetapi apakah anda faham maksud adjad dan huruf:

1) Abjad ialah huruf yang bermula daripada A hingga Z dan nombor 1 sehingga nombor seterusnya..

2) Huruf ialah apa saja yang bermula dengan huruf A sehingga Z

Sebelum kanak-kanak mengenali huruf-huruf tersebut mereka perlu menguasai kaedah Fonik terlebih dahulu, sebelum mereka pandai membaca..